BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 15, 2009

7 Mitos seks perlu dikikis

Gara2 malu bertanya tentang seks, muncul mitos2 ajaib. Mitos2 ini pula memang menyesatkan kita ke dalam jurang sedalam 100 meter…!!!

1 Payudara menjadi besar jika dipegang
Ukuran payudara itu bergantung pada beberapa faktor seperti gizi makanan dan faktor keturunan. Ketika payudara `dipegang2` terutama kalau pegangannya cukup kasar, terjadilah pembengkakan. Disebabakan berlakunya pembengkakan itulah ia kelihatan besar dan `penuh`. Memegang payudara secara kasar ada bahayanya kerana ia boleh menyebabkan luka di dalam kelenjarnya. Awas! Mitos payudara menjadi besar jika dipegang itu sebenarnya Cuma trik lelaki sahaja!

2 `petting` tidak menyebabkan kehamilan.
Petting adalah aktiviti seksual iaitu saling menggesek-gesek alat kelamin, tetapi penis tidak masuk ke dalam vagina. Kamu patut tahu, walaupun tidak masuk, ia tetap boleh membuatkan kamu mengandung! Biasanya ketika terangsang, kedua pasangan akan sama2 mengeluarkan cairan. Cairan itulah sebenarnya yang menghantar sperma masuk ke dalam. Apatah lagi ketika itu kamu berada dalam keadaan yang subur dan sperma si dia pula bagus, maka kemungkinan untuk kamu mengandung tetap ada!

3 Meloncat-loncat setelah melakukan hubungan seks membuatkan kita tidak akan hamil.
Anggapan ini muncul kerana jika kita meloncat2 setelah melakukan hubungan seks, maka cairan mani dan sperma yang masuk dalam vagina akan keluar. Kenyataan ini memang salah! Ketika air mani dipancut, dalam beberapa minit sahaja sperma akan segera berenang didalam vagina. Apa yang keluar ketika meloncat2 itu hanyalah cairannya, sedangkan sperma didalamnya sudah hidup dan bergerak.

4 Ubat-ubatan yang mendatangkan haid boleh mencegah kehamilan.
Apa yang nyata, ubat-ubatan ini hanya bekerja untuk mereka yang terlambat haid,dan bukan untuk mencegah daripada mengandung!

5 Hubungan seks buat pertama kali tidak berisiko mengandung.
Wah! Jangan percaya ya..jika sperma sudah masuk ke dalam vagina, kemungkinan untuk hamil tetap ada. Apatah lagi jika melakukan hubungan ketika subur, kehamilan pasti terjadi.

6 Tidak akan hamil jika sperma dikeluarkan diluar vagina.
Ketika melakukan hubungan seks, penis akan menegang, sebelum memancutkan air mani, dihujung kemalunnya terdapat air mani yang keluar. Jadi ingat! Jangan ingat kamu terselamat dari risiko hamil.

7 Gadis yang tiada dara boleh dilihat menerusi bentuk fizikalnya seperti punggung atau payudaranya yang `jatuh`.
Mitos ini paling penipu! Tiada seorang pun yang akan tahu secara fizikal seseorang remaja itu pernah melakukan hubungan seks atau pun belum. Masalah punggung atau payudara yang turun atau tanda fizikal lainnya tidak ada kena mengena dalam hal ini. Buktinya remaja perempuan yang bijak menjaga bentuk badan akan tetap langsing meskipun sudah mempunyai anak, kan???

0 comments: